Pantun merupakan sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada
empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang
maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Pantun terpendek terdiri
daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang
sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam
ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada
kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya,
iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian
pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua
ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang
dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Rima akhir pantun pula sama antara baris pertama pembayang
dan baris pertama maksud. Begitulah seterusnya. Contohnya a,b,a,b bagi pantun
empat kerat dan a,b,c,a,b,c bagi pantun enam kerat.
Contoh rima akhir pantun ;
Pulau Pandan jauh ke tengah, - a
Gunung Daik bercabang tiga; - b
Hancur badan dikandung tanah, - a
Budi yang baik dikenang juga. - b
No comments:
Post a Comment