Sunday, 29 April 2012

Pantun Pilihan

Mari kita menanam halia,
Ambil sedikit buat juadah;
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.

 Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru;
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.

 Pokok rending tidak berbunga,
Pokok keledek tumbuh sejajar;
Jadilah anda orang berguna,
Adat dikelek, akhirat dikejar.

Semai padi tidak berbaja,
Ambil betik buat halwa;
Tanam dihati rasa reda,
Tentu anda takkan kecewa.

Anak Melaka membeli kasa,
Kasa dibeli bersama acar;
Jangan suka membuang masa,
Masa yang pergi tak dapat dikejar.

Ramai orang menanam lada,
Mari jual di kedai Cik Nona;
Jika ilmu penuh di dada,
Ke mana pergi kita berguna.

Pergi sawah menanam padi,
Singgah di sungai menangkap ikan;
Hidup hendaklah bersendikan budi,
Sifat sombong jangan amalkan.

Sumber : Buku Pantun Melayu Warisan Bangsa

Video Pengajaran Makro


Contoh Video P&P.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Aman

Jumlah Murid : 40 orang

Tajuk : Kata Seru

Sila klik pautan ini untuk melihat video pengajaran makro di atas.
 http://youtu.be/k_xeeeRX2qc

Monday, 23 April 2012



Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Takrif :
Membesarkan perkara-perkara yang kecil.

Anak kera hendak diajar memanjat.
Takrif :
Hendak mengajar orang yang sudah pandai.

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
Takrif :
Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar.

Hendak bertanduk, kepala dipahat.
Takrif :
Sanggup berhutang kerana hendak berlagak.

Sunday, 22 April 2012

Pantun Pilihan


Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Kiri jalan kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.

Mendung si mega mendung,
Mendung datang dari utara;
Jangan selalu duduk termenung,
Kalau termenung badan merana.

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari.

Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Sumber
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2113.0

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.

Takrif :
Kepandaian atau kebolehan itu tidak semestinya ada pada orang tua sahaja tetapi mungkin juga ada pada orang muda.

Kita baru mencapai dayung pengayuh, orang sudah sampai ke seberang,

Takrif :
Orang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain.

Helang terbang mengawan, agas hendak melawan juga.

Takrif :
Orang miskin hendak meniru gaya orang kaya.

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Takrif :
Orang miskin bercakap besar seperti orang kaya.

Kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang.

Takrif :
Kalau mempunyai kemahiran akan berjaya dalam hidup.

Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.

Takrif :
Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada diperintah oleh orang besar.

Tuesday, 17 April 2012

Pantun Pilihan


Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.

Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Ada bau, adalah bangkainya.

Takrif
Setiap berita tentulah ada betulnya.

Ada hulu adalah kualanya.

Takrif
Setiap permulaan tentulah ada akhirnya.

Ada nasi tetapi hendak makan keraknya.

Takrif
Ada yang baik, tetapi memilih yang buruk.

Sumber
Kamus Pepatah, Bidalan dan Perumpamaan


Wednesday, 11 April 2012

Pantun Pilihan


Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
Menangis mayat dipintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.

Sumber : Puisi Melayu Tradisi, Fajar Bakti,1985.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Takrif
Sesuatu pekerjaan itu akn dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya.


Ada sampan hendak berenang.
Takrif
Ada cara yang senang untuk membuat sesuatu tetapi memilih cara yang susah.


Adakah buaya menolah bangkai?
Takrif
Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat.


Sumber
Peribahasa PMR - Pepatah, Bidalan, Perumpamaan

Sunday, 8 April 2012

Pantun Pilihan


Apa guna orang bertenun,
Untuk membuat pakaian adat;
Untuk apa orang berpantun,
Untuk memberi petuah amanat.

Apa guna daun kayu,
Untuk tempat orang berteduh;
Apa guna pantun Melayu,
Untuk tempat mencari suluh.



Sumber
http://klasik.blogmas.com/2008/10/14/pantun-melayu-hebat/

Bagai itik pulang petang.


Takrif
Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).

Bagai inai dengan kuku.


Takrif
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

Bagai ilak bercerai dengan benang.


Takrif
Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.


Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Wednesday, 4 April 2012

Pantun Pilihan


Hendak dulang diberi dulang, 
Dulang berisi sagu mentah;
Hendak pulang ku beri pulang, 
Tinggalkan pantun barang sepatah.


Lancang kuning lancang pusaka, 
Nampak dari Tanjung Puan; 
Kalau kering laut Melaka, 
Barulah saya lupakan tuan. 


Ada kerak, ada nasi.

Takrif
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

Ada nyawa ada rezeki.

Takrif
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Ada padang, ada belalang.


Takrif
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa_Bermula_Dengan_Huruf_%22A%22

Sunday, 1 April 2012

Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
  
Takrif
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

Cincin emas takkan tampan bermata kaca.

Takrif
Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.


Sumber
http://ppdsegamat.edu.my/rujukan/index.php?option=com_content&view=article&id=189:cincin-emas-takkan-tampan-bermata-kaca&catid=40:peribahasa-melayu&Itemid=159