Mari kita menanam halia,
Ambil sedikit buat juadah;
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.
Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru;
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.
Pokok rending tidak berbunga,
Pokok keledek tumbuh sejajar;
Jadilah anda orang berguna,
Adat dikelek, akhirat dikejar.
Semai padi tidak berbaja,
Ambil betik buat halwa;
Tanam dihati rasa reda,
Tentu anda takkan kecewa.
Anak Melaka membeli kasa,
Kasa dibeli bersama acar;
Jangan suka membuang masa,
Masa yang pergi tak dapat dikejar.
Ramai orang menanam lada,
Mari jual di kedai Cik Nona;
Jika ilmu penuh di dada,
Ke mana pergi kita berguna.
Pergi sawah menanam padi,
Singgah di sungai menangkap ikan;
Hidup hendaklah bersendikan budi,
Sifat sombong jangan amalkan.
Sumber : Buku Pantun Melayu Warisan Bangsa
Sunday, 29 April 2012
Video Pengajaran Makro
Contoh Video P&P.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Aman
Jumlah Murid : 40 orang
Tajuk : Kata Seru
Sila klik pautan ini untuk melihat video pengajaran makro di atas.
http://youtu.be/k_xeeeRX2qc
Monday, 23 April 2012
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Takrif :
Membesarkan perkara-perkara yang kecil.
Anak kera hendak diajar memanjat.
Takrif :
Hendak mengajar orang yang sudah pandai.
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
Takrif :
Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang
besar.
Hendak bertanduk, kepala dipahat.
Takrif :
Sanggup berhutang kerana hendak berlagak.
Sunday, 22 April 2012
Pantun Pilihan
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Kiri jalan kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.
Mendung si mega mendung,
Mendung datang dari utara;
Jangan selalu duduk termenung,
Kalau termenung badan merana.
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari.
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Sumber
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2113.0
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.
Takrif :
Kepandaian atau kebolehan itu tidak semestinya ada pada
orang tua sahaja tetapi mungkin juga ada pada orang muda.
Kita baru mencapai dayung pengayuh, orang sudah sampai ke
seberang,
Takrif :
Orang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu
daripada orang lain.
Helang terbang mengawan, agas hendak melawan juga.
Takrif :
Orang miskin hendak meniru gaya orang kaya.
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Takrif :
Orang miskin bercakap besar seperti orang kaya.
Kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang.
Takrif :
Kalau mempunyai kemahiran akan berjaya dalam hidup.
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan
telunjuk.
Takrif :
Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada diperintah
oleh orang besar.
Tuesday, 17 April 2012
Pantun Pilihan
Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.
Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Wednesday, 11 April 2012
Pantun Pilihan
Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
Menangis mayat dipintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
Sumber : Puisi Melayu Tradisi, Fajar Bakti,1985.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Takrif
Sesuatu pekerjaan itu akn dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya.
Ada sampan hendak berenang.
Takrif
Ada cara yang senang untuk membuat sesuatu tetapi memilih cara yang susah.
Adakah buaya menolah bangkai?
Takrif
Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat.
Sumber
Peribahasa PMR - Pepatah, Bidalan, Perumpamaan
Takrif
Sesuatu pekerjaan itu akn dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya.
Ada sampan hendak berenang.
Takrif
Ada cara yang senang untuk membuat sesuatu tetapi memilih cara yang susah.
Adakah buaya menolah bangkai?
Takrif
Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat.
Sumber
Peribahasa PMR - Pepatah, Bidalan, Perumpamaan
Sunday, 8 April 2012
Pantun Pilihan
Apa guna orang bertenun,
Untuk membuat pakaian adat;
Untuk apa orang berpantun,
Untuk memberi petuah amanat.
Apa guna daun kayu,
Untuk tempat orang berteduh;
Apa guna pantun Melayu,
Untuk tempat mencari suluh.
Sumber
http://klasik.blogmas.com/2008/10/14/pantun-melayu-hebat/
Bagai itik pulang petang.
Takrif
Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).
Bagai inai dengan kuku.
Takrif
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).
Bagai ilak bercerai dengan benang.
Takrif
Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Wednesday, 4 April 2012
Pantun Pilihan
Hendak dulang diberi dulang,
Dulang berisi sagu mentah;
Hendak pulang ku beri pulang,
Tinggalkan pantun barang sepatah.
Lancang kuning lancang pusaka,
Nampak dari Tanjung Puan;
Kalau kering laut Melaka,
Barulah saya lupakan tuan.
Sunday, 1 April 2012
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
Takrif
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
Takrif
Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
Sumber
http://ppdsegamat.edu.my/rujukan/index.php?option=com_content&view=article&id=189:cincin-emas-takkan-tampan-bermata-kaca&catid=40:peribahasa-melayu&Itemid=159
Takrif
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
Takrif
Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
Sumber
http://ppdsegamat.edu.my/rujukan/index.php?option=com_content&view=article&id=189:cincin-emas-takkan-tampan-bermata-kaca&catid=40:peribahasa-melayu&Itemid=159
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
Darah daging.
Takrif
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Seperti lembu dicucuk hidung.
Takrif
Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.
Sumber
http://bmspm.net/snperibahasa.htm
Takrif
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Seperti lembu dicucuk hidung.
Takrif
Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.
Sumber
http://bmspm.net/snperibahasa.htm
Wednesday, 28 March 2012
Pengajaran Pembelajaran BM Hari Ini
Kelas : 4 Aman Masa : 11.30 - 12.00tgh. Jumlah Murid : 42 orang
PKJR - Peraturan Berbasikal
Kemahiran Berbahasa
Mendengar dan Bertutur - 2.2 Aras 3 (i)
Menulis - 8.4 Aras 1 (ii)
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
Kosa Kata
Lopak, haiwan melintas, bonggol, jalan raya yang basah, persimpangan, risiko.
PKJR - Peraturan Berbasikal
Kemahiran Berbahasa
Mendengar dan Bertutur - 2.2 Aras 3 (i)
Menulis - 8.4 Aras 1 (ii)
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
1. Murid diminta meneliti situasi yang diberi.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki berbincang untuk mengambil tindakan yang sesuai.
3. Beberapa orang murid menyatakan pendapat hasil perbincangan kumpulan mereka.
4. Murid mencatat dan menambah maklumat berdasarkan dapatan kumpulan lain.
5. Murid membuat latihan bertulis mengenai tindak balas, risiko dan cadangan untuk menghadapi situasi tersebut.
Kosa Kata
Lopak, haiwan melintas, bonggol, jalan raya yang basah, persimpangan, risiko.
Cacing hendak menjadi naga.
Takrif
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Campak baju nampak kurap.
Takrif
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Sumber
http://ppdsegamat.edu.my/
Takrif
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Campak baju nampak kurap.
Takrif
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Sumber
http://ppdsegamat.edu.my/
Tuesday, 27 March 2012
Pengajaran Pembelajaran BM Hari Ini
Kelas : 4 Aman Masa
: 9.10 hingga 10.10 Jumlah
Murid : 42 orang
Kemahiran Berbahasa
Menulis – 8.2 Aras 2 (i)
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
1. Murid
diminta bersoal jawab tentang tugas ketua kelas.
2. Murid
meneliti halaman rangsangan halaman 39 dalam buku teks.
3. Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
dikehendaki membina perenggan tentang diri Saufi.
4. Beberapa
orang ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan kumpulan.
5. Murid
mencatat dan menambah maklumat berdasarkan dapatan kumpulan lain.
6. Murid
membuat latihan bertulis membina peerenggan menggunakan kosa kata yang
diberikan.
Kosa Kata
tahniah, rajin, pintar, tegas, bakat, pimpin, tabah, terima
kasih
Sediakan payung sebelum hujan.
Takrif
Bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
Seperti rusa masuk ke kampung.
Takrif
Tercengang-cengang apabila tiba di sesuatu tempat yang baharu.
Bagai kambing diseret ke air.
Takrif
Orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu.
Sumber
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4
Takrif
Bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
Seperti rusa masuk ke kampung.
Takrif
Tercengang-cengang apabila tiba di sesuatu tempat yang baharu.
Bagai kambing diseret ke air.
Takrif
Orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu.
Sumber
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4
Sunday, 25 March 2012
Bagai berumah di tepi tebing
Tafsir
Selalu dalam kekhuatiran.
Sumber
http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/
Tafsir
Selalu dalam kekhuatiran.
Sumber
http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/
Friday, 23 March 2012
Wednesday, 21 March 2012
Ada tangga yang hendak memanjat tiang.
Takrif
Berbuat sesuatu yang tidak mengikut aturan.
Sumber
http://ms.wikipedia.org
Takrif
Berbuat sesuatu yang tidak mengikut aturan.
Sumber
http://ms.wikipedia.org
Monday, 19 March 2012
Sunday, 18 March 2012
Friday, 16 March 2012
Thursday, 15 March 2012
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.
Takrif
Tidak betah merantau, akhinya balik ke kampung halaman.
Sumber
http://prpm.dbp.gov.my
Takrif
Tidak betah merantau, akhinya balik ke kampung halaman.
Sumber
http://prpm.dbp.gov.my
Wednesday, 14 March 2012
Tuesday, 13 March 2012
Usahlah aku dimandikan pagi...
Usahlah aku dimandikan pagi.
Takrif
Jangan selalu memuji-muji.
Sumber
Kamus Pepatah Bidalan & Perumpamaan
Takrif
Jangan selalu memuji-muji.
Sumber
Kamus Pepatah Bidalan & Perumpamaan
Thursday, 8 March 2012
Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.
Takrif
Takrif
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipetik daripada : http://prpm.dbp.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)